Tidak Jumpa Kerja Yang Anda Inginkan Di Atas?Search Kerja Yang Anda Impikan Di Bawah
Test Ride Modenas CT 110 :Part 1

Tanggal 23 Disember 2009 bersamaan hari Rabu,pihak Modenas telah menjemput saya(Nomad) yang mewakili Kelab Dunia Moto.com dan juga SYOK UITM dalam acara "Media Test Ride CT 110" yang berlangsung di Malacca International Motor Circuit (MIMC) di Durian Tunggal Melaka.Dengan penuh tekad dan semangat saya(Nomad) bersama-sama Bro Wira iaitu ketua moderator Kelab Dunia Moto.com telah mengikuti pelawaan daripada pihak Modenas.
Modenas CT 110 merupakan model motosikal terbaru daripada Modenas.Motosikal tersebut adalah pengganti kepada model lama motosikal Modenas iaitu Kriss.Dilengkapi dengan teknologi "Decomp" memastikan pengguna mudah menghidupkan motosikal tersebut khususnya diwaktu pagi dan juga dalam iklim yang sejuk.Reka bentuk yang menarik merupakan tarikan terbaru pada model motosikal ini.Sistem ekzos yang mencapai piawai tahap antarabangsa mengukuhkan lagi kehebatan motosikal ini yang mencapai pengiktirafan tahap antarabangsa.Selain itu,tangki terbaru pada model mtosikal ini adalah besar iaitu 5.3 liter memastikan keselesaan dan memudahkan pengguna yang mempunyai perjalanan jauh.Pengguna tidak perlu berhenti banyak kali untuk mengisi petrol pada setiap hentian.
Sememangnya pada hari tersebut pihak Modenas menyediakan banyak kejutan kepada saya(Nomad) dan BroWira.Ingin tahu apakah kejutan yang disediakan oleh pihak Modenas?
Nantikan sambungan Test Ride Modenas CT 110:Part 2








Catat Ulasan